Tuesday, November 10, 2009
titian memori..
Bismillahhirrahmanirrahim
ku selusuri jambatan itu..
kaki ku gagahkan
menapak duri dan kaca..
walau sakit walau pedih..
takkan ku hirau
jambatan itu..
sudah tidak memberi erti
langsung hilang dari hati..
sejak bertahun sudah..
bahkan telah ku lupa kewujudannya
pabila kembalinya mencoret kisah
takkan sesekali ku lemah
jambatan duri dan kaca itu
tidak ku tatih
kerana telah ku tatih
melaluinya suatu waktu dulu
jambatan yang pernah meluka hati
telah ku derai
sesekali takkan ku cantum
atau kenang kembali..
kerana
takdir ku redhai seikhlas hati..
dirimu dan kenangan..
telah ku lepas
dan ku biar berlalu
bersama mutiara jernih
yang tak ku seka
bertahun lalu..
andai betul katamu sayang
hanya satu ku pinta..
bukti..
lepaskan aku dari hatimu
andai betul kau sayang..
jangan sesekali kembali..
hanya itu bukti sayang ku pinta
kerana
sesekali takkan ku toleh
pada masa lampau..