Tuesday, November 10, 2009

dugaan..


Bismillahhirrahamnirrahim..

irama dan lagu tak dapat dipisahkan..aur dengan tebing..'pepatah' baru ku cipta..

"manusia sehati dugaan .."

logiknye bagiku, hidup memang takkan pernah sunyi dari dugaan..

dugaan penentu kuat atau lemahnya, menang atau kalahnye seseorang itu..

dugaan bagiku tanda sayang dari Nya..kerana sayanglah Dia menguji..kerana Dia ingin memberi pahala..dan menghapus dosa, insyaAllah..kerana sayanglah Dia menguji..Dia ingin hamba Nya 'dating' dengan Nya..bersujud pada Nya..meluah dan merayu Nya..

yang pastinya,seseorang itu pasti mampu menghadapi dugaan,cubaan,ujian yang diberi padanya..kerana itu ujian itu diberikan..kerana kita pasti mampu menghadapinya..jika tidak,pasti tidak akan diberi ujian itu..kerana..Dia takkan menguji dengan apa yang tak mampu ditanggung oleh hamba Nya..

bagiku, apa pun yang terjadi, pastinya itu adalah yang terbaik.. walau apa yang terjadi itu sangat menyakit dan melukakan..hanya satu yang pasti..iaitu..ianya pasti adalah yang terbaik untuk diri kita kerana datangnya dari Yang Maha Kuasa..yang hanya akan memberikan yang terbaik untuk hamba-hamba Nya..

pasti ada hikmah disebalik tiap apa yang terjadi..hikmah itu harus dicari dan disorot dengan mata hati yang sirna dari sambutan bisikan yang direjam..