Thursday, April 1, 2010

... semakin jauh ke aku ... ???


Bismillahhirrahmanirrahim..

erm.. lain benar penatnye antara study ngan keje.. kini aku mengaku, kerje lebih penat walaupun hanya di pejabat mengadap komputer hampir 8 jam sehari berbanding study yang kene ke sana ke sini.. walau penat, aku tetap suke kerja aku ni..ia beri aku banyak 'subjek' baru untuk aku belajar..praktikal.. bukan sekadar teori..'exam' nya tidak digredkan a atau b atau c atau d.. tetapi lebih penting dan lebih bermakna dari itu.. ia langsung tidak dapat dinilai..

sebulan dua ni aku cepat sangat penat..entah kenapa..balik saja keje pukul 5, aku dah tak mampu nak tahan mata..asyik tebayang-bayang katil jek..hehe..sekarang lepas jek solat isyak dalam 840, terus jek aku 'belayar' sehinggalah 'sauh dilabuhkan' bila azan subuh kedengaran..huhu....................

erm..pukul 9 lagi aku dah 'belayar'..dua tiga hari ni aku rase 'lain'..aku tertanye2..adekah aku makin 'jauh'..? kalau dulu,2-3 bulan lepas,selepas solat maghrib, sambil menunggu isyak aku akan membaca 'novel' yang membuatkan aku rasa dekat pada Dia..dan malam ku aku mencari peluang dan aku gagahkan diri untuk sebolehnye ber'dating' tapi telah aku semakin tinggalkan sebulan dua ini..hanye kekadang saja aku membaca 'warkah' itu dan 'dating'..

aku cukup rindu sebenarnye..rindu sangat untuk membaca bait2 ayat Nya..aku rindu untuk dating..tapi itulah..aku semakin jauh.......................

Ya Allah..berikan aku kekuatan agar aku tidak lagi 'menjauh' walau apa jek pun alasan..insyaAllah..amin..............