Friday, February 5, 2010

takdir dan dugaan..


Bismillahhirrahmanirrahim..

siapa menyangka sesuatu yang amat hampir pasti adalah milik kita belum tentu adalah milik kita..kekadang hati tersalah mentafsir..kekadang apa yang ditafsir itu betul..cume masih belum waktunya untuk menjadi milik kita..dugaan menemani tafsiran itu sehingga ke destinasinya..iaitu..kepada kita..untuk menjadi milik kita..

apa pun takdir Nya..menjadi milik kita atau bukan..hati mesti tabah dan redha dengan ketentuan Nya Yang Maha Esa..bila hati redha dan menyerahkan segala pada Nya, insyaAllah kekuatan akan ditemui..hati akan tenang..

sirnakan mutiara jernih dari matamu sayang..Allah menguji mu kerana Dia menyayangimu..Dia merindui mu..Dia merindui dikau 'dating' dengan Nya di kala mata-mata telah tertutup dan dibuai bayu malam.. Dia merindu suaramu mengadu, merintih dan merayu pada Nya..

sabarlah sayang..simpulkan kekuatanmu sayang..agar ia tidak terlerai..pintal bingkisan ketabahanmu sayang..agar ia menongkatmu..apa yang ditakdir Nya,itulah yang pasti akan berlaku..dan ia pastinya adalah yang terbaik untukmu,insyaAllah :-)