Wednesday, January 27, 2010

.. redup mata nenda ..


Bismillahhirrahamnirrahim..

hampir seminggu lepas aku pulang ke kampung atasa tiga sebab..pertamanya untuk balik jumpa ma yang berlepas ke beijing pada 25 jan 10..kedua,untuk menghadiri tahlil arwah tuknda..ketiga kerana kesihatanku yang sedikit terganggu dalam tiga minggu ni..

sengaja aku pulang pada hari rabu dan meminta cuti pada hari khamais dan jumaat..bukan tak boleh balik hari jumaat tu..tapi memandangkan semenjak arwah tuknda meninggal pada 28/12 tahun lepas,aku belum pernah balik walau di hari kematiannya atas sesuatu sebab..jadi aku putuskan untuk pulang saja ke kampung malam khamis tu..sampai pada pagi khamis..sekurang-kurangnya walau aku tidak dapat pulang pada hari kematian dan pengebumian arwah tuknda,sekurang-kurangnya aku dapat hadir tahlil yang diadakan untuk arwah tuknda..

malam tahlil diadakan,aku tak tau kenapa..sayu sangat rasanya bila memandang redup mata tua nenda..sedih rasa hati..kesiankan nenda yang dah 'berjauhan' dari arwah tuknda..tapi yalah..semua orang takkan dapat lari dari kematian..aku tau nenda seorang yang tabah..dan insyaallah dia boleh melaluinya..

* al-fatehah untuk arwah tuknda yang telah pulang kepada Nya pada 28/12/2009..